Sunday, November 16, 2008

petua rapat dara & kecantikan

PETUA KECANTIKAN WANITA
MERAPATKAN DARA
Ambil 2,3 helai daun sireh, kemudian ramaskan dlm mangkuk yg mangandungi sedikit air..dan basuh alat sulit 3 kali seminggu... hasilnyer memuaskan..

PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam (seperti kita berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Kemudian itu basuhlah muka sehingga bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah kemana sahaja. Kesanya sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan diseluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 2,3 kali seminggu.

MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagak & dihancurkan dulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh. Wajah anda akan nampak Putih & segar.

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau pada kuku yg mencengkam pada daging. Lakukan 2 kali sehari.

MENYERIKAN WAJAH
Amalkan setiap pagi selawat sebanyak 3 kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Kemudian cuci muka dgn air suam

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potong limau kasturi dan makn limau kastur ibserta dgn airnya sekali. Amalkan selalu.

BADAN RINGAN & BERTENAGA
Minum air rebusan serai dan halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita minum air rebusan pagi dan malam, insyaALLAH badan kita akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu amalkan pengambilan telor mentah 4 biji sehari.

MELEMBUTKAN RAMBUT
Secekak kangkung diramas bersama 6 camca air suam sehingga mengeluarkan lender, sapukan pada rambut & biarkan seketika kemudian bilas. Lakukan salama 2 minggu.

MERAWAT KULIT BERKEDUT
Sebatang lobak merah diparutkan dan dicampurkan dgn sesudu tepung jagung & kuning telur. Oleskan pada muka dan amalkan sehingga berkesann.

MELENTIKKAN BULU MATA
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

MENGHILANGKAN PARUT
Ambil asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Sapuan pada tempat yg parut. Biarkan kering. Seelok-eloknya lakukan waktu malam sebelum tidur.

MELEBATKAN RAMBUT
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya & campurkan dengan sebiji telur ayam kampong beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan sehingga rata & perap dengan tuala 10 minit. Kemudian bilas… 2 kali seminggu.

AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia & tumbut sapa lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan dimulai selawat.

KULIT CERAH & LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosok pada badan & muka.

MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat 7 bji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minum beberapaminit sebelum tido.

MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yg dipetik terus dari pokok, biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali & biarkan ketuat luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT
-ambil air limau nipis dan campurkan dgn kapur sirih. Sebatikan lalu sapukan pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yg baru bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumurkan pada perut dan amalkan setiap malam.
-asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok pagi minum air tersebut sebelum basuh muka ato buang air.

MENGELAK PERUT BUNCIT
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudian.

MENGEKALKAN KECANTIKAN
Amalkan surah yusuf setiap malam. Di samping itu, untu kmengekalkan kecantiakn, tadah air embun malam jumaat dan sapukn pada muka atau dibuat air mandi dan minum.

MENHGHASILKAN KULIT CANTIK
Amalkan minum air campuran pucuk pengaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANGKAN JERAWAT
Rebus segenggam manjakani@ kani didalam periuk tanah sehinggak mengelegak dan pekat. Sapukan pada wajah atau bahagian yang dikehendaki. Tunggu sehingga kering dan bilas.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ramaskan daun sirih dalam air suam. Tapis airnya dan rendam mata sambil berkelip beberapa kali. Lakukan selalu dan lihat hasilnya.

MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk beberapa seketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

MENAIKKAN SERI WAJAH
Basuh muka anda dengan air basuhan beras yang ketiga. Bilas denga nair setelah 10minit.

MERAWAT PANAU
Ambil sepotong hali, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaALLAH

PETUA HINDARKAN KULIT BERKEDUT
Untik mengelakkan kulit bahagiab perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, :
Ambil 1 sudu kecil air limau nipis
Ambil 20 titik minya kayu putih
Ambil 1 sudu kecil kapur sirih
Gaul dan sapukan pada kesan pecah diperut
Lakukan selama 2 minggu berturut.

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH
Ibu yang baru melahirkan anak biasaya berwajah pucat dan lesu.
Untuk kembalikan seri wajah,amalkan petua ini : ambil secawan beras, basuh dan kisar. Bancuhkan beras halus dan kunyi hidup( diparut) dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yg pekat. Cuci muka dan sapukan bedak td 3 malam berturut… wajah anda akan kembali berseri.

10 TIP UNTUK SIHAT
Jangan merokok
Kurangkan kolestrol
Perhatikan berat badan anda
Hnidari memakan lemak
Makanlah sayur
Istirehat
Olahraga
Lakukan pap smear secara teratur
Periksa tekanan darah anda
Lakukan pemeriksaan payudara secara teratur

TIP UNTUK WANITA
Minum banyak air putih
Rajin- rajin bersenam
Jangan sesekali merokok
Tidur yang cukup
Rajin-rajin mencuci muka selepas bersolek
Jangan terlalu ghairah hendak kurus
Manjakan diri
Jauhi tekanan
Ketawalah

TIP JAGA KESUBURAN
Menangani stress
Kurangkan kafein
Menggunakn kondom sebagai alat cegah kehamilan
Lakukan rawatan berkala(STD) @ jumpa pakar sakit puan
Berhenti merokok
Perhatikan berat badan anda

TIP DAPATKAN PUNGGUNG YANG CANTIK
Tak perlu risau dengan punggung anda yang kecil dan leper. Ikuti senaman berikut dan lihat hasilnya dalam 6 minggu.

Berdiri dengan kaki dibuka sejajar bahu dan letakkan tangan dipinggang. Turunkan badan sedikit. Bengkokkan lutut 90’, dan badan condong ke hadapan. Berat badan kamu akan tertumpu di bahagin tumit. Perlahan luruskan posisi badan sambil menekan otot belakang.

Luruskan tangan sejajar dengan bahu. Lakukan sehingga 8 kali posisi ini dan pastikan kamu rehat sebentar ketika ingin bertukar kaki.

ingin lebih banyak petua.. akan datang





No comments: